TARIKH : 2 DAN 3 HB. APRIL 2016
HARI : SABTU DAN AHAD
TEMPAT : FELDA GEDANGSA
KAMPUNG KU..
AKU BALIK BERSAMA SUAMI DAN ANAK ..LAILA. SAMPAI KAMPUNG DAH NAK MAGRIB. BADAN KU MASIH PENAT SEDARI PAGI HINGGA PTG GOTONG ROYONG DI SEKOLAH HARI INI.
SAMPAI RUMAH KG KELIHATANNYA TIADA SIAPA YG BALIK SEMENJAK AKU BALIK PADA 11 HINGGA 12 HB MAC YANG LALU. MALAM INI HANYA MENYAPU HABUK2 DALAM RUMAH SAJA. SELEPAS MAGRIB KELUAR DI KOLAM NAK MAKAN TAPI KEDAI AWER TUTUP AKHIRNYA TERUS LAJAK KE TG MALIM. MALAM DAH KENYANG SEMUA TIDOR LENA.
SEAWAL PAGI AKU DAN SUAMI MEMULAKAN OPERASI MENYAPU DAN MEMBAKAR SAMPAH. NAMPAK KEMAS DAN BERSIH KWSN SEKITAR. SONOK MATA MEMANDANG.
SIAP BERKEMAS DAN MEMBAKAR DIHADAPAN RUMAH KAMI OPERASI DI BLKG PULA. LONGGOKAN POKOK YG DITEBANG SEBELUMNYA MASIH BELUM HABIS DIBAKAR. DENGAN LONGGOKAN SAMPAH DEDAUN...API MULA MARAK MENYALA.
KAWASAN SEKITAR DITEBAS...PANGGIL BANGLA DATANG MENEBAS...SEBELUM TU KEMUMCUP SUDAH TINGGI.RM 50.00 HINGGIT UPAH BANGLA TU.
KAWASAN KORIDOR KELIHATAN BERSIH DAN KEMAS SELEPAS DISAPU. SUAMI KU MENGUTIP BATU2 SIMEN YG BERCAMPUR DGN BATU SUPAYA LEBIH KEMAS. AKU MENYAPU KWSN BELAKANG DAN TERUS BAKAR DALAM API YANG MARAK MENYALA.
MAK CIK SIMAH SEBELAH DATANG MENYAPA...MENJEMPUT KENDURI 1 HB MEI NANTI..KENDURI ARWAH KATANYA.SEMUA DIJEMPUT.
PAK CIK OMAR JUGA SINGGAH MENJEMPUT KENDURI CUCUNYA PD 16 HB APRIL INI.
KAK KIAH DAN ABG MAD PUN MENEGUR. MEREKA BARU BALIK DARI PASAR SLIM.
TAK KETINGGALAN MAK CIK ITA SEBERANG JLN MENYAPA...MANA YG LAIN TAK BALIK.....HAAA BEGITU LAH SUASANA KG. KITA PUN KENA LAH MESRA ALAM.
KAWASAN BAWAH POKOK RAMBUTAN. POKOK RAMBUTAN SEMUA DAH BERBUNGA. BERMAKNA DALAN BEBERAPA BULAN LG MERASALAH MAKAN RAMBUTAN KAMPUNG.
SELEPAS ZOHOR SUDAH KEPENATAN. PERUT LAPOR MAKAN BEKALAN MANGGI DAN ROTI SAJA SEDARI PAGI TADI. SELESAI SEMUANYA KAMI BERSIAP PULAN G DALAM PUKUL 3.00 PTG. RUMAH DITINGGALKAN DALAM KEADAAN BERSIH DAN TERATUR. PUDIN DAN ISTERI ADA DATANG MENJENGOK SEKEJAP SAHAJA DAN TERUS BALIK T. INTAN .
PERJALANAN PULANG SINGGAH SEBENTAR DIKUBURAN MAK...ASSALAMMUALAIKUM...MOGA SEJAHTERA DI SANA...AAMIINN...
SELAMAT TIBGGAL ADA KELAPANGAN KAMI DATANG LAGI.
No comments:
Post a Comment